Wednesday 18 June 2008

Cerita Hujung Sabtu

Pada 14hb Jun 08, alhamdulillah buat kali kedua rumah kami telah mengadakan Tadarus Quran Lelaki pada pukul 7.00 malam. Memandangkan masa begitu singkat, kami menyediakan hidangan ringan berupa roti bercicah kuah kari dan air teh. Macam zaman dulu-dulu la plak, masa malam rewang kenduri, hidangan inilah yang menjadi pilihan atau pun sup tulang dengan roti. Terima kasih kepada teman dan taulan yang turut menyumbang 'pot luck' berupa buah-buahan, baked macaroni, agar-agar strawberi dan muffin. Yummy..
Diantara hidangan makanan

Old style menu? Best ma..

Nikmat tidak terkata..

Sebelum itu pada 31hb Mei 08 lepas, buat julung kalinya Majlis Tadarus Quran Wanita pada pukul 3.00 petang dan majlis membaca Yasin dan Tahlil Lelaki pada 6.30 petang diadakan dirumah kami. Kami menyediakan bihun sup utara-selatan, popia, lompat tikam, oreo tempatation cheese cake, crips untuk sicilik dan air teh. Teman-teman yang lain turut menyumbang pot luck yang berupa popia, tepung bungkus, puding jagung, puteri berdua sebilik, triffle, buah-buahan, pulut kuning dan kari ayam serta bermacam-macam lagi.

Diantara hidangan bihun sup utara-selatan

Memang menjadi kelaziman setiap hujung Sabtu, kami akan mengadakan tadarus secara bergilir di rumah-rumah ahli komuniti yang turut serta. Secara tidak langsung, majlis ilmu ini turut membibitkan kemesraan dan keindahan di dalam perhubungan kekeluargaan komuniti. Ribuan terima kasih buat teman dan taulan yang sudi datang berkunjung. Mudahan-mudahan ikatan ukhwah kita semakin erat, insyaallah.

2 comments:

aku said...

Alah auntie..sy terlepas lah Tadarus utk wanita tu..huhu..

Daffodil said...

xpela next time bole join lg..