Monday 23 June 2008

Tumbang..

Jumaat baru ni kami dinner di luar. Cuaca cerah dan langit cantik membiru, jadi kami mengenakan jaket nipis sahaja. Janji dengan abang jumpa di Chicken Cottage dalam pukul 7.30 petang. Hum.. lamanya tidak makan diluar. Sesekali dapur kena bercuti juga hehe.. Thanks dear! Kami menjamu selera dengan Grilled Chicken Family Meal (whole grilled chicken, 1 corn on the cob, 2 regular fries & 2 bottles of water) berharga £8.50.
Dalam perjalanan balik angin bertiup kuat, terasa kesejukannya mengigit-gigit. Dan sang hujan pun turun dengan lebat secara tiba-tiba. Berlari-lari anak kami bertiga balik ke rumah. Kesian pula tengok cik abang mengorbankan jaketnya untuk memayungkan sianak.
Keesokan harinya, masing-masing bangun terasa sakitnya anak tekak bagikan berduri-duri. Gatal tekak sehingga ke telinga. Kepala pun terasa berat dan badan berasa demam. Sekeluarga tumbang! Pertama kali sekeluarga demam di sini. Biasa kena hujan, tiada apa-apa pun berlaku. Ini mungkin kerana cuaca yang tidak menentu dan debunga berterbangan dibawa dek angin.
Sabtu dan ahad pun berlalu dengan membawa cuaca yang suram, semendung langit yang kelabu. Hari ini, aku mengharapkan cuaca kembali cerah dan kesihatan kembali pulih..

No comments: