Monday 9 June 2008

Mesyuarat kampung


Semalam, 8hb Jun 2008 (Ahad) di Dewan Komuniti Govanhill Daisy Street, satu mesyuarakat kampung bagi pemilihan AJK bagi penggal baru telah berlangsung. Turut dibentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, laporan kewangan dan isu-isu berbangkit. Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang telah dilantik sama ada yang lama mahupun yang baru. Semoga kalian membuat yang terbaik untuk semua. Insyaallah, kami akan membantu dan menyokong usaha kalian.

Jutaan terima kasih buat semua AJK penggal lepas yang banyak menyumbang jasa dan keringat dalam menjayakan program komuniti. Walaupun baru setahun jagung, namun telah banyak pencapaian dan kerjasama dijalankan didalam mempereratkan lagi ukhwah komuniti melayu kita. Semangat muhibah dan gotong-royong inilah yang menjadi intipati kejayaan kita bersama.

No comments: