Friday 18 July 2008

When You Say Nothing At All - Ronan Keating

It's amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word, you can light up the dark
Try as I may I can never explain
What I hear when you don't say a thing

The smile on your face lets me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me whenever I fall
You say it best.. when you say nothing at all

All day long I can hear people talking out loud
But when you hold me near, you drown out the crowd (the crowd)
Try as they may they could never define
What's been said between your heart and mine

The smile on your face lets me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me whenever I fall
You say it best.. when you say nothing at all

The smile on your face lets me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me whenever I fall
You say it best.. when you say nothing at all

(You say it best when you say nothing at all
You say it best when you say nothing at all..)

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know that you need me..

Friday 11 July 2008

Didik Anak Mengikut Usia

Oleh : Roslah Othman ( Utusan Online - 11 Julai 2008 )
MEMIKUL tanggungjawab menjadi ibu dan bapa bukan satu perkara yang mudah. Matlamat keibubapaan itu sendiri perlu diketahui supaya anak dapat dibimbing untuk mencapai potensi menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab dan produktif.
Penceramah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Rahmah Othman berkata, dalam konsep keibubapaan sendiri, bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga, manakala ibu sebagai pembantu bapa dalam pengurusan keluarga dan rumah tangga serta menjadi pemimpin semasa ketiadaan bapa.
Dalam cabaran masa kini, ibu bapa perlu ada anjakan paradigma supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik lagi.
Rahmah berkata, dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa.
"Anak berusia satu hingga tujuh tahun perlu dididik secara bergurau dan jangan dipukul. Bagi anak berusia lapan hingga 14 tahun, sebaiknya didik mereka dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang."
"Sementara diperingkat remaja iaitu 15 hingga 21 tahun, anak harus dididik macam kawan, jangan dirotan dan dimarah. Sebaliknya, peluk, pujuk dan nasihati mereka. Manakala selepas usia 21 tahun, ibu bapa perlu memberi kebebasan mereka membuat keputusan dan tindakan," ujarnya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Ibu bapa Teman Sejati' pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga Ilmu Keluarga @ LPPKN bertajuk Anakku, Kalian Segalanya di Bangunan LPPKN, baru-baru ini.
Menerangkan lebih lanjut mengenai mendidik anak, khususnya anak remaja, perhubungan dan interaksi positif ibu bapa dengan anak perlu ada. Ia termasuk saling menghormati, sedia mendengar, memberi galakan dan sokongan serta menerima anak itu sebagai individu yang istimewa.
Katanya, peringkat usia 10 hingga 19 tahun merupakan masa yang paling kritikal kerana remaja akan mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan meliputi perubahan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial.
"Pada peringkat usia ini mereka akan menghadapi pelbagai persoalan yang menekan jiwa. Ketika ini jugalah proses mencari dan membentuk identiti, perubahan fizikal pada tubuh badan, perasaan yang bercelaru dan keinginan untuk dihargai boleh menyebabkan berlaku tekanan jiwa," ujarnya.
Menerangkan mengenai remaja berumur 10 hingga 14 tahun kata Rahmah, diperingkat itu mereka lazimnya, bersifat logikal, sentiasa ingin tahu, suka bertanya itu dan ini, lasak, bertenaga, suka meneroka cabaran, namun masih bersifat keanak-anakkan.
Pada peringkat inilah, kata beliau hubungan dengan keluarga amat penting, termasuk keinginan untuk mereka berbincang dengan ibu bapa masih ada.
Sementara remaja peringkat pertengahan 14 hingga 17 tahun mereka mula utamakan rakan sebaya daripada keluarga. Remaja peringkat ini dikatakan suka memaksa dan mendesak.
Malah, diperingkat ini juga mereka mula mencari identiti diri dengan cuba membentuk peribadi menjelang kedewasaan.
Diperingkat ini, kata Rahmah, jika remaja tidak dibimbing dengan sewajarnya, kemungkinan untuk mereka terlibat dengan gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan lari dari rumah adalah tinggi.
Sementara, peringkat 17 hingga 19 tahun, kata Rahmah, mereka lazimnya telah mengenali dan menghayati identiti diri yang sebenar. Ikatan dengan rakan sebaya semakin berkurangan dan beralih kepada individu berlainan jantina. Malah di peringkat ini keupayaan mereka untuk berfikir juga lebih terbuka dan mula berfikir untuk masa depan.
"Remaja di peringkat ini bukan sahaja boleh berdikari tanpa ibu bapa, tetapi juga daya fikiran dan imaginasi digunakan untuk kepentingan pelajaran dan kerjaya," terangnya.
Remaja di peringkat ini juga, kata Rahmah, sememangnya memerlukan perhatian dan tumpuan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa atau mempunyai ruang untuk mendekati dan mendampingi anak remaja mereka.
Malah ibu bapa juga perlu bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang anak sedang buat, apa yang anak sedang difikirkan, apa yang ada dalam begnya, apa yang disembunyikan, siapa kawan-kawannya dan di mana tempat yang dikunjunginya.
Menerangkan beberapa cara menzahirkan kasih sayang kepada anak remaja, beliau menjelaskan ia termasuk melalui percakapan, pujian, pengiktirafan, bergurau senda dan ucapan yang baik. Malah ia juga boleh ditunjukkan melalui perlakuan atau gerakan badan, bersalaman, memeluk, mencium, memberi hadiah, beriadah bersama dan saling menghormati.
Dalam masa sama, ibu bapa sewajarnya mengambil inisiatif menerangkan atau menjelaskan mengenai peraturan berkaitan sentuhan. Akibat terlalu naif, ada remaja terlibat dengan gejala itu sekadar ingin mencuba tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung.
"Anak-anak perlu diterangkan tubuh mereka adalah milik mereka sahaja, tidak siapa berhak menyentuh bahagian sulit tubuh mereka kecuali bagi tujuan kebersihan atau kesihatan. Begitu juga tiada siapa berhak meminta menyentuh bahagian sulit tubuh mereka."
"Malah jika mereka tidak berasa selesa apabila disentuh seseorang, katakan 'tidak', lari dan beritahu orang lain yang dipercayai," ujarnya sambil menegaskan anak-anak juga perlu diterangkan tentang bagaimana membezakan antara sentuhan selamat, selesa dan sebaliknya.
Dalam ceramahnya juga Rahmah turut menerangkan bagaimana terdapat empat gaya keibubapaan yang menjadi amalan ibu bapa hari ini tanpa disedari amat mempengaruhi seorang anak itu.
Empat jenis yang dimaksudkan, jenis A - Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang), jenis B - Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang), jenis C - Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang) dan jenis D - Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang).
Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia.
"Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis D dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak," katanya.

Wednesday 9 July 2008

Salam takziah..

Kali terakhir ymku dengan Mat Yie, aku mendapat perkhabaran ayahanda Cik Dah berada di hospital kerana penyakit kanser. Setelah sekian lama, kebetulan semalam aku tergerak hati bertanya khabar dan memberi sokongan moral buat sahabatku Cik Dah, namun berita sedih yang aku terima. Ayahandanya telah pun kembali ke rahmatullah pada 2hb Julai 08. Al-fatihah untuk ayahanda sahabatku, Tengku Aznidah Tengku Abd Aziz dan suaminya Mohd Nazri. Kami di kejauhan ini mendoakan agar roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Tabahkan hatimu wahai sahabat.. aku ada untuk engkau berkongsi segala cerita.. dukamu, dukaku jua.. tawamu, tawaku juga.. Batasan kejauhan ini bukanlah penghalang buat persahabatan kita.. Salam takziah dari kami..

Tuesday 8 July 2008

My Little Garden II

Menjenguk ke luar tingkap, hum.. hujan lagi gumamku! Alhamdulillah.. mungkin ada hikmah disebaliknya, memandangkan hampir setiap minggu mendung dan hujan. Kalau ikutkan hati terasa malas hendak keluar, tapi kenalah juga untuk mencari keperluan dan menghilangkan bosan puteraku yang seorang ini.
Dah terlanjur menjenguk ke tingkap, aku pun snaplah gambar tanaman. Inilah hasil berbudi pada tanah di dalam pasu. Selain menghijaukan rumah, herba ini turut berbau harum dan enak digunakan di dalam masakan. Jom kita tengok!

Basil aka selasih

Mint

Tomato ceri pokok sicilik

Marjoram

Kunyit dari Malaysia

Ulam Raja (satu sahaja yang tumbuh)

Dill

Tengok.. tangan itu?

Kesum ya mama?

Parsley

Oregano

Capsicum aka lada benggala

Coriander aka daun ketumbar

Thyme

Garlic Chieve


Wednesday 2 July 2008

Kalau tak suka pulangkan balik!

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama...
Kereta dihentikan betul-betul dihadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan diwajah mereka pudar. "Aimin bawa adik ke belakang!" Arahnya pada anak yang sulung.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. "Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita." pujuk Laila. Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus.
Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun. "Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
"Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. "Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ya. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?" "Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan." "Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila.." Keluhnya. Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan." "Lama?" Soal Laila. "Dalam seminggu." "Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?" "Budak-budak? " "Ikut jugalah." "Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu!" "Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu.
Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.
Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di perkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. "Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!" "Manalah saya ada masa.." "Takpe.. pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"
Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema difikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan.. bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."
"Papa! Makan!" Jerit Aiman anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah.
Dia berpatah semula ke dapur. "Awak masak apa?" "Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. "Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!" "Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan. "Keluar!" "Mama dah masak Pa!" "Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!" Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorillakan ?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.. besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong. "Laila.." serunya "Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba. "Sunyi pulak rumah ni mak," "Lama-lama kau biasalah." Airmatanya menitis laju.
"Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya. "Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu." "Tak adalah?" "Ingat papa ni cop duit?" Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur.
Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?" Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan. "Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah diantara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah dilantai.
Aiman tercegat. "Tengok ! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar ditangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi.. Amirul menangis.
Aimin mendapatkan mamanya. "Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!" Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. "Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan.
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali. Shamizi meraut wajah.
Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman dimatanya. Ada saja yang kurang dihatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.."
Laila menyuruh anak-anaknya bermain dihalaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!" "Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?" "Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya. "Ikut boleh?" "Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami." "Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam. Lari sana sini, panjat itu ini." "Papa bosanlah.." "Nantilah besar sikit." Dalihnya. "Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.." "Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je," Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki." "Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. "Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran.. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain.
Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan. "Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras difikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk dimeja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya dilagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!"
Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya.
Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
"Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena.
Dihalaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan.. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian dimana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya.
Laila... Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan. Selamanya...
Renung-renungkanlah.. walau siapa pun anda sebagai suami, isteri mahupun anak, lakukanlah tanggung jawab sebelum terlambat. KALAU TAK NAK PULANGKAN!

Tuesday 1 July 2008

Houses in weird places

Sejauh mana kewujudannya, tidaklah aku ketahui. Walau bagaimana pun bagiku, rekabentuk bangunan ini unik dan menarik. Diperolehi daripada teman.
Could you go to sleep at night and not wonder if these houses would be there the next morning?
DON'T WANT VISITORS? JUST UNHOOK THE CABLE.JUST MIGHT CATCH ON....

MOST PEOPLE USE TREES FOR A WINDBREAK....

CONSIDER THE PANIC IF YOU HEAR A BRANCH CRACK...

HOW DID THEY GET THAT CAR IN THERE?

LONG CLIMB AFTER A DAY'S WORK!

TREE BELOW...FLOWERS ABOVE....

NOT DURING HURRICANE SEASON.....

GOT A LITTLE PROBLEM WITH DAMPNESS AT YOUR HOUSE?

BRIDGEWORK..?

BETTER TALK TO AL GORE ABOUT GLOBAL WARMING!

THE TOP ONE IS FOR THE PARENTS. THE LITTLE ONE IS FOR THE KIDS..