Tuesday, 30 September 2008

Ada Ka?

Aiseh.. ingatkan hubby buat lawak, balik takbir raya dari rumah ke rumah semalam.. 'Yang, raya cancel dah!'
'Awak jangan main-main... dah la petang tadi buat gempak, kata raya Selasa!' balasku.
Pendek cerita.. semalam selepas solat maghrib Masjid al-Farouk di kariah kami mengumumkan raya jatuh pada hari Selasa. Dalam pukul 10.00 malam, selepas Isyak, mereka telah menarik balik pengumuman dan mengumumkan raya jatuh pada hari Rabu. Edinburg, Sterling, Sheffield, London sambut pada hari Selasa dan kami di Glasgow akan menyambutnya pada hari Rabu.
Bagi aku, tiada yang pelik.. kerana raya yang lepas-lepas pun, situasi yang sama juga berlaku di sini. Untungnya di Malaysia dan negara asia kerana telah bersepakat untuk melakukan penentuan dan penetapan sambutan puasa dan raya bersama. Jadi tidak wujud ketidakseragaman penetapan puasa mahu pun raya.
Apapun gunakanlah kesempatan hari terakhir Ramadhan ini dengan sebaiknya. Siapa tahu kita dapat berjumpa lagi atau tidak di tahun yang akan datang.

Sunday, 28 September 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri..

Hari berselang hari, masa terus berlalu.. terasa begitu pantas Ramadhan berlalu. Lagi beberapa hari Syawal pula menjelang tiba. Dikesempatan ini, kami ingin memohon kemaafan zahir dan batin. Semoga kehadiran lebaran ini memberi makna kepada kita semua. Khusus buat kalian :

  1. Ayahanda Muhamad Saleh, Bonda Jama'yah, kekanda dan adinda di Kluang, Johor

  2. Ayahanda Hezmi, Bonda Eshah, Bonda Umi, adinda-adinda di Gemas, Negeri Sembilan

  3. Saudara mara kami tidak kira di mana jua berada

  4. Teman dan sahabat handai tidak kira di mana jua berada

  5. Seluruh warga Glasgow khususnya di Govanhill dan Pollokshields

  6. Semua yang sudi berziarah ke blog ini

Salam lebaran & maaf zahir dan batin daripada Daffodil sekeluarga..

Monday, 22 September 2008

Minggu Terakhir Yang Sibuk!

Meniti hari-hari yang mula sibuk.. pack barang sana, pack barang sini! Argh! mengulang cerita tahun lepas nampaknya. Tahun lepas, samalah juga seperti hari-hari yang mendatang ini, disaat-saat terakhir menyambut puasa, orang yang sama ini jugalah kena berkemas pack barang untuk berpindah. Pembantu setiaku, hummmm tentulah sibuk juga 'berkemas' sampai tidak larat mama menjerit... No! Don't! Please..........
Erk.. kalau tahun lepas berbuka masa tu makanan beli sahajakan, kali ni.....
..... 'garu kepala lagi nih!'
haha....
kita beli jela.. bole Darling?
huk huk.. kena masak gak la sket, sebab puteraku sorang ni sudah mula kuat makan dan minta nasi. Kat sini mana ada bazar ramadhan atau param! (Tersenyum sambil mengeleng kepala yang tidak pening pun!)

Monday, 15 September 2008

Mari Menjawab Tag

Teringat keindahan alam berkayak di Tasik Kenyir
Uiks, ingatkan satu rupanya dah dua tag kena peram dan tidak berjawab!
Tag 1 :
The rules:
*Link to your tagger and post these rules on your blog
*Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
*Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
*Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
Untuk memudahkan kerja kita copy paste dari Kak Ina jela yerk!
1. Merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik yang kesemuanya perempuan. Nama kami bertiga bermula dengan NUR ... Semasa sekolah, ustazah yang mengajar menegur namaku gabungan nama mak dan ayah, dan aku pun baru terperasan. Kebetulan ustazah tu bekas anak murid ayah, dan aku agak rapat dengan beliau.
2. Aku bekerja bermula dengan jawatan AE, kemudian masuk ke kompeni kedua, jawatan CM yang ditawarkan agak tinggi dan berat bagiku, jadinya sesiapa yang bertanya pekerjaan aku, pasti dijawab 'Saya kerja cuma susun batu bata sahaja..' Cerita seterusnya? Entri akan datang, berkaitan pengalaman kerjaku ok. Tunggu..
3. Aku lebih suka aktiviti lasak daripada bersukan. Pengalaman mengembara dengan berkayak paling bermakna bagiku, kerana berpeluang menikmati keindahan alam didarat dan keindahan hidupan dipermukaan dan dasar air. Cuma malangnya tidak pandai-pandai juga berenang.
4. Selepas menamatkan persekolahan, aku belajar di utara, berkawan dengan orang di sana, bercakap pun lorat sana, sehinggalah masuk ke UTM dan ramai yangn menyangka aku orang Kedah.. padahal berasal dari selatan..
5. Aku tidak suka naik bas yang sendat macam tong sardin, ramai yang suka mengambil kesempatan ke atas perempuan. Rela aku naik motor, pandu sendiri.
6. Memandangkan hubby suka action & thriller movie, balik tengok wayang jawabnya lebamlah tangan kawan tu. Maaf ya darling..
7. Asalnya aku tidak suka makan nasi kerabu kelantan, tetapi pengaruh hubby telah menyebabkan setiap hujung minggu dan pasar malam, jadi kewajipan untuk dia membelikan aku sebungkus nasi kerabu lengkap dengan ulam, solok lada, keropok, telur asin dan yang paling penting daging salai. Yummy..
8. Ops dah habis..
Hum.. mangsa seterusnya :
- Ika, Izzati, Zakiah (3 serangkai dara pingitan Govanhill)
- Piah, Kham, Fara
- Kakak

Tag 2 : (Dalam proses.... )

Sunday, 14 September 2008

Selamat Menyambut Hari Lahir Buat Semua!


Jom kita tengok list mereka yang menyambut hari lahir itu :
1. 16hb Ogos - Ayahanda Muhamad Saleh
2. 31hb Ogos - Kekanda Zalodia & Kekanda Yusri
2. 7hb Sept - Kekanda Nur Zuhainiah
3. 8hb Sept - Bonda Jama'yah
4. 12hb Sept - My dear hubby .... & Adinda Nur Hamizah
5. **hb Sept - Saya! ('',)
6. 26hb Sept - Bonda Eshah
7. 27hb Sept - Adinda Hafez
8. 12hb Okt - Ayahanda Hezmi
Kami mendoakan agar kita semua dipanjangkan umur untuk beramal dan beribadah padaNya, dikurniakan rezeki yang halal, kesihatan, kebahagian berpanjangan dan kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Amin..
Khusus untuk bulan kemeriahan menyambut bday dari ogos hinggalah oktober..

Saturday, 30 August 2008

Erti Kemerdekaan : Suatu Pandangan

Tertarik dengan isi kandungan email Ustaz Abduh dan diperdengarkan oleh Ustazah Safinar petang tadi di rumah seorang sahabat disini selepas majlis bacaan Yasin petang tadi. Semoga dapat kita berkongsi faedah dan kebaikan daripadanya.
Pada 31 Ogos setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan dengan penuh rasa gembira dan bangga. Bangga kerana kita sudah merdeka dari penjajahan bangsa asing yang berlaku selama lebih 446 tahun.
Namun menurut Islam, kemerdekaan bukanlah sekadar sesebuah negara bebas dari penjajahan bangsa asing. Merdeka juga bukan bermaksud kita bebas menentukan tindakan dan hala tuju negara kita sendiri tanpa had dan batasannya.
Masyarakat Arab Mekah walaupun diperintah oleh bangsa Arab, namun mereka tidak merdeka dengan erti kata yang sebenar. Menurut sejarah, Mekah tidak pernah diperintah oleh kuasa asing. Walaupun mereka hidup bebas melakukan apa sahaja seperti perzinaan, perjudian, minum arak dan membunuh anak, tetapi itu bukanlah suatu kemerdekaan yang sebenarnya. Mereka hidup dalam keadaan ketakutan kerana jenayah yang berleluasa dan tiadanya keamanan dalam masyarakat. Kehidupan mereka lari dari landasan agama sehingga mereka digelar Masyarakat Jahiliyah.
Masyarakat Eropah berada di bawah jajahan Rom dan Parsi, sedangkan sebahagian mereka adalah bangsa Rom dan Parsi sendiri. Mereka dijajah kerana ditindas dan dizalimi oleh bangsa mereka sendiri. Kehidupan mereka sengsara dan tertekan dengan pelbagai peraturan dan sistem yang tidak memberi keadilan kepada mereka. Ini bermakna penjajahan boleh berlaku apabila manusia menjadi hamba kepada manusia dengan berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap sesama manusia.
Kemerdekaan sebenar!
Kemerdekaan sebenar terkandung dalam ucapan yang masyhur oleh panglima tentera Islam, Rub’ai bin Amir kepada panglima tentera Rom yang bernama Rustam.
“Kami adalah kaum yang diutus Allah untuk membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Tuhan manusia, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam, dan dari kesepitan dunia kepada keluasannya (dengan Islam).”
Apabila manusia tidak lagi menjadi hamba sesama manusia dengan meletakkan pengabdian hanya kepada Allah, maka pada waktu itu mereka telah mencapai kemerdekaan diri. Kemerdekaan dicapai apabila Islam dapat ditegakkan dan masyarakat dapat mengecap keadilan yang dibawanya. Apabila manusia beramal dengan ajaran Islam, kehidupan mereka menjadi lapang, hati mereka menjadi tenang dan keadaan masyarakat menjadi tenteram. Tenteram dan sejahtera kerana berkurangnya gejala buruk dan jenayah dalam masyarakat.
Sepatutnya manusia hanya menjadi hamba kepada Allah sesuai dengan tujuan manusia diciptakan Allah.
Firman Allah :
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Az-Zariyat (56)
Kemerdekaan yang sebenar bagi masyarakat Arab Mekah ialah apabila mereka menerima Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kemerdekaan ini mereka capai dengan berlakunya pembukaaan kota Mekah pada tahun ke 8 hijrah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Mereka bebas untuk beriman dan melaksanakan perintah Allah tanpa sebarang gangguan oleh kaum musyrikin Mekah. Ka’abah dibersihkan dari semua bentuk berhala, dan kalimah Allah kembali dilaungkan. Nabi SAW telah Berjaya membebaskan masyarakat Arab dari penjajahan bangsa Arab sendiri yang memaksakan sistem dan cara hidup jahiliyah terhadap mereka.
Kemerdekaan bagi umat Islam ialah apabila mereka bebas melaksanakan perintah dan suruhan Allah tanpa ada siapa yang menghalangnya. Selagi perintah dan syariat Allah tidak terlaksana, dan manusia dihalang daripadanya maka selagi itulah manusia terjajah. Walaupun yang menjadi pemerintah umat Islam adalah dari kalangan umat Islam sendiri, namun mereka dikira penjajah sekiranya umat Islam masih terhalang daripada agama mereka.
Firman Allah :
وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِ‌ۖ فَإِنِ ٱنتَہَوۡاْ فَلَا عُدۡوَٲنَ إِلَّا عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ (١٩٣)
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. Surah Ali Imran (193)
Fitnah dalam ayat ini bermaksud manusia masih kufur kepada Allah. Kita diperintah supaya berdakwah dan mengajak manusia kembali kepada agama Allah. Seruan ini merupakan seruan kepada kemerdekaan .
Kemerdekaan bagi masyarakat Rom dan Parsi ialah apabila mereka bersedia bernaung di bawah pemerintahan Islam. Walaupun bangsa Arab yang memerintah mereka, namun mereka merdeka. Merdeka daripada kezaliman bangsa sendiri. Merdeka daripada sistem pemerintahan yang kejam dan menindas kepada sistem pemerintahan Islam yang adil dan saksama. Mereka lebih senang diperintah oleh orang Islam .
Persoalannya, apakah kita dan masyarakat kita sudah benar-benar merdeka seperti yang dikehendaki oleh Islam?

Friday, 29 August 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Dan Salam Ramadhan..

Hum.. lama rasanya menyepikan diri untuk mencoretkan sesuatu diruangan ini, nasib baiklah tidak perlu hendak membersihkan habuk, debu atau pun sawangkan! Maaf dan terima kasih buat teman dan sahabat yang rajin datang berkunjung. Sepiku ini berpunca daripada virus jahat bernama M (M.A.L.A.S) dan tambahan lagi kurang sihat gara-gara cuaca yang tidak menentu disini. Alahai rindunya cahaya matahari Malaysia, bertambah rindu lagi suasana meriah kala Ramadhan menjelang. Sayu rasa hati.
Diam tak diam negara tercinta, Malaysiaku kini berusia 51 tahun. Alhamdulillah, banyak perubahan, kemajuan dan kesenangan yang kita nikmati. Aku berharap agar generasiku, dan aku sendiri dapat mencorak anak bangsa agar berwawasan, berdaya saing, berkualiti tinggi, memiliki nilai moral dan akhlak yang tinggi seiring dengan kemajuan negara yang dikecap mahu pun dikejar. Kealpaan kita sekarang akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Siapa? Sudah tentulah anak-anak kita, cucu dan cicit seterusnya. Kerosakan bangsa yang tidak ditangani dari awal akan menyebabkan kemusnahan tamadun. Sejarah tidak boleh diubah tetapi boleh berulang!
Dikesempatan ini juga, aku menitipkan Salam Ramadhan buat semua. Semoga puasa dan amal ibadah kita lebih baik berbanding yang lepas-lepas. Inilah bulan dimana kita hanya berperang dengan nafsu! Hehe.. apa tidaknya, masa inilah tekak mula nak makan itu dan ini, sudahnya semua dibuat atau dibeli mengikut hati dan selera hingga kekadang berlaku pembaziran. Sepatutnya masa inilah lebih banyak kita berjimat-cermat. Ini cabaran dan peringatan buat aku yang selalu terleka! Tapi tidak kot, sebab rasanya disini tiada Pasar Ramadhan... Jeng jeng jeng..
Salam Kemerdekaan Dan Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak!
Pssst! Kengkawan yang dikasihi, nanti segala tag, award dan bla.. bla.. akan dibuat selepas ini, insyaallah. Jangan marah, nanti kena jual.. Nak puasa dah nih!