Friday, 13 June 2008

Bila senduk menari!

Bila menyebut otak-otak, botok-botok, pais, lempuk durian, jem kuini, sarak terung dan seribu satu macam resepi lama, aku pasti terkenang arwah tok. Sejak arwah tiada, aku pun sudah tidak merasa semua makanan itu.

Tekadku ingin mengumpul resepi keluarga sebagai koleksi warisan agar tidak pupus begitu sahaja. Maklumlah, generasi kita sekarang semuanya 'segera' dek terbatasnya masa mengejar karier untuk membina kehidupan yang selesa. Mana sempat nak memasak yang renyah dah payah. Kalau masak pun main campak-campak sahaja. Bila hidup pun dah tercampak kat sini, maka apa nak makan, masaklah sendiri!

Inilah nasib perantau bila tekak teringin nak makan otak-otak! Buat pun guna apa sahaja bahan yang ada. Masak pun main campak-campak jadi tidak bersukat. Tapi rasanya sedap, selemak ikan salmon. Buat pun dah lama, cuma baru nak letak disini. Jom layan..


Otak-otak Salmon Perantau

Bahan-bahan : (Sukatan sekadar anggaran)

  • 1 keping isi ikan salmon tanpa tulang bersaiz sederhana - sebahagian didadu dan sebahagian dihancurkan
  • 1/2 cawan serbuk kelapa - dikisar
  • 1 senduk minyak untuk menumis
  • 2 biji telur - dipukul kembang
  • 1 sudu tepung gandum
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar

  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 biji bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu serbuk lada
  • 2 sudu rempah kari
Kaedah :

  1. Tumis bahan kisar dengan minyak sehingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan serbuk kelapa dan gaul sebati, tambah sedikit air sekiranya perlu. Tumis buat seketika. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan ketepikan.
  3. Didalam mangkuk lain, campurkan hasil tumisan dengan ikan salmon, telur dan tepung. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan adunan di dalam foil cointainer yang bersesuaian. Tekan dan mampatkan adunan tersebut. Sedia untuk dibakar gas mark 6, lebih kurang 30min atau sehingga masak.

Untuk rasa lemak, sukatan serbuk kelapa boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Begitu juga dengan pedas, masin dan manis.

3 comments:

tuan umah said...

salam daffodil...saya selalu tertukar stail sebut bunga ni..hehe..mesti suka tgk bunga ni kan..sb tuh nama blog mcm bunga tuh.

nak tanya,dh lama ke duk glasgow?saya pernh pegi last mon,kt bonnypack,pat chung ying and few shop-lupa nama dia..ada jugak jumpa org glasgow,katanya dia bru je dtg dan ada kwn yg bru dtg this year kt sana-my hubby's fren.bila nk dtg edin?

nanti buat la chatbox,senang nk say hi

Kherold said...

Salam perkenalan
bykkan laa resepi lagi yek, buleh lee try nnti. anyway syoknya study kat sana...kita dulu tak sempat nak ke glasgow...


-shida&kherold-

Daffodil said...

kesum.. bln 8 nt kitorg g sana.. yeeee ada yg masak2 kan kan.. hehe..

syida & kherold, mana yg ada sy share.. insyaallah..