Wednesday, 25 June 2008

Manusia..

Tidak ada seorang pun manusia yang dilahirkan dengan sempurna segala-galanya. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ada sebab dan hikmahnya yang perlu kita fikirkan kenapa, mengapa dan bagaimana. Kenyataan aku ini peribadi dan tidak bersangkut paut dengan mana-mana pihak, sekadar aku dan mereka yang memahami sahaja.
Aku merenung kembali, kelebihan dan kelemahan manusia itu sewajarnya menjadikan manusia saling bergantung dan melengkapi diantara satu sama lain bagi mencapai keseimbangan, kesempurnaan sekaligus keharmonian. Yang lemah tidak perlulah menjerit marah kepada yang gagah cuba membantu. Dan yang gagah pula tidak perlulah menyombong mendabik dada menolak bantuan yang lemah. Bukankah lebih baik silemah dan sigagah bersama-sama saling bantu membantu dan berkongsi sama agar yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.
Bukanlah mudah untuk merentas jalan kesempurnaan itu, tiada jalan pintas tanpa meniti kepayahan. Jikalau ada mungkin sejengkal cuma. Yang penting buangkan dan lontarkan jauh-jauh keegoan itu. Keegoan itulah yang menjadi bara dan sekam di dalam diri sehingga memadam kebaikan walau sekecil zarah.
Kadangkala terkilas melihat telatah permainan manusia yang saling menuding jari dengan kesilapan orang. Tetapi satu jari yang menunding ke arah mereka, jangan lupa yang empat kembali kepada kita. Mungkin juga aku yang alpa! Tertari bersama lagu yang sumbang.
Sekali langkahku tersumbang, usah dibiarkan terus terleka. Hulurkan tanganmu, indahkan irama itu, perbetulkan langkah bersama, ayuh bersama menarikan keindahan itu. Semoga kebahagian milik kita bersama.

1 comment:

iina said...

akak sokong 100%.. itulah ragam kisah manusia jas.. itu baru sikit.. banyak lagi ragamnya.. cam syahmi ye ragam gak.. kejap nangis.. kejap ketawa.. jap nak torchlight.. jap nak magnet fridge.. jap nak mainan.. jap nak chips nak oreo.. nak cucu.. hehehe.. macam-macam ada.. hehehe