Tuesday 30 September 2008

Ada Ka?

Aiseh.. ingatkan hubby buat lawak, balik takbir raya dari rumah ke rumah semalam.. 'Yang, raya cancel dah!'
'Awak jangan main-main... dah la petang tadi buat gempak, kata raya Selasa!' balasku.
Pendek cerita.. semalam selepas solat maghrib Masjid al-Farouk di kariah kami mengumumkan raya jatuh pada hari Selasa. Dalam pukul 10.00 malam, selepas Isyak, mereka telah menarik balik pengumuman dan mengumumkan raya jatuh pada hari Rabu. Edinburg, Sterling, Sheffield, London sambut pada hari Selasa dan kami di Glasgow akan menyambutnya pada hari Rabu.
Bagi aku, tiada yang pelik.. kerana raya yang lepas-lepas pun, situasi yang sama juga berlaku di sini. Untungnya di Malaysia dan negara asia kerana telah bersepakat untuk melakukan penentuan dan penetapan sambutan puasa dan raya bersama. Jadi tidak wujud ketidakseragaman penetapan puasa mahu pun raya.
Apapun gunakanlah kesempatan hari terakhir Ramadhan ini dengan sebaiknya. Siapa tahu kita dapat berjumpa lagi atau tidak di tahun yang akan datang.

Sunday 28 September 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri..

Hari berselang hari, masa terus berlalu.. terasa begitu pantas Ramadhan berlalu. Lagi beberapa hari Syawal pula menjelang tiba. Dikesempatan ini, kami ingin memohon kemaafan zahir dan batin. Semoga kehadiran lebaran ini memberi makna kepada kita semua. Khusus buat kalian :

  1. Ayahanda Muhamad Saleh, Bonda Jama'yah, kekanda dan adinda di Kluang, Johor

  2. Ayahanda Hezmi, Bonda Eshah, Bonda Umi, adinda-adinda di Gemas, Negeri Sembilan

  3. Saudara mara kami tidak kira di mana jua berada

  4. Teman dan sahabat handai tidak kira di mana jua berada

  5. Seluruh warga Glasgow khususnya di Govanhill dan Pollokshields

  6. Semua yang sudi berziarah ke blog ini

Salam lebaran & maaf zahir dan batin daripada Daffodil sekeluarga..

Monday 22 September 2008

Minggu Terakhir Yang Sibuk!

Meniti hari-hari yang mula sibuk.. pack barang sana, pack barang sini! Argh! mengulang cerita tahun lepas nampaknya. Tahun lepas, samalah juga seperti hari-hari yang mendatang ini, disaat-saat terakhir menyambut puasa, orang yang sama ini jugalah kena berkemas pack barang untuk berpindah. Pembantu setiaku, hummmm tentulah sibuk juga 'berkemas' sampai tidak larat mama menjerit... No! Don't! Please..........
Erk.. kalau tahun lepas berbuka masa tu makanan beli sahajakan, kali ni.....
..... 'garu kepala lagi nih!'
haha....
kita beli jela.. bole Darling?
huk huk.. kena masak gak la sket, sebab puteraku sorang ni sudah mula kuat makan dan minta nasi. Kat sini mana ada bazar ramadhan atau param! (Tersenyum sambil mengeleng kepala yang tidak pening pun!)

Monday 15 September 2008

Mari Menjawab Tag

Teringat keindahan alam berkayak di Tasik Kenyir
Uiks, ingatkan satu rupanya dah dua tag kena peram dan tidak berjawab!
Tag 1 :
The rules:
*Link to your tagger and post these rules on your blog
*Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
*Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
*Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
Untuk memudahkan kerja kita copy paste dari Kak Ina jela yerk!
1. Merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik yang kesemuanya perempuan. Nama kami bertiga bermula dengan NUR ... Semasa sekolah, ustazah yang mengajar menegur namaku gabungan nama mak dan ayah, dan aku pun baru terperasan. Kebetulan ustazah tu bekas anak murid ayah, dan aku agak rapat dengan beliau.
2. Aku bekerja bermula dengan jawatan AE, kemudian masuk ke kompeni kedua, jawatan CM yang ditawarkan agak tinggi dan berat bagiku, jadinya sesiapa yang bertanya pekerjaan aku, pasti dijawab 'Saya kerja cuma susun batu bata sahaja..' Cerita seterusnya? Entri akan datang, berkaitan pengalaman kerjaku ok. Tunggu..
3. Aku lebih suka aktiviti lasak daripada bersukan. Pengalaman mengembara dengan berkayak paling bermakna bagiku, kerana berpeluang menikmati keindahan alam didarat dan keindahan hidupan dipermukaan dan dasar air. Cuma malangnya tidak pandai-pandai juga berenang.
4. Selepas menamatkan persekolahan, aku belajar di utara, berkawan dengan orang di sana, bercakap pun lorat sana, sehinggalah masuk ke UTM dan ramai yangn menyangka aku orang Kedah.. padahal berasal dari selatan..
5. Aku tidak suka naik bas yang sendat macam tong sardin, ramai yang suka mengambil kesempatan ke atas perempuan. Rela aku naik motor, pandu sendiri.
6. Memandangkan hubby suka action & thriller movie, balik tengok wayang jawabnya lebamlah tangan kawan tu. Maaf ya darling..
7. Asalnya aku tidak suka makan nasi kerabu kelantan, tetapi pengaruh hubby telah menyebabkan setiap hujung minggu dan pasar malam, jadi kewajipan untuk dia membelikan aku sebungkus nasi kerabu lengkap dengan ulam, solok lada, keropok, telur asin dan yang paling penting daging salai. Yummy..
8. Ops dah habis..
Hum.. mangsa seterusnya :
- Ika, Izzati, Zakiah (3 serangkai dara pingitan Govanhill)
- Piah, Kham, Fara
- Kakak

Tag 2 : (Dalam proses.... )

Sunday 14 September 2008

Selamat Menyambut Hari Lahir Buat Semua!


Jom kita tengok list mereka yang menyambut hari lahir itu :
1. 16hb Ogos - Ayahanda Muhamad Saleh
2. 31hb Ogos - Kekanda Zalodia & Kekanda Yusri
2. 7hb Sept - Kekanda Nur Zuhainiah
3. 8hb Sept - Bonda Jama'yah
4. 12hb Sept - My dear hubby .... & Adinda Nur Hamizah
5. **hb Sept - Saya! ('',)
6. 26hb Sept - Bonda Eshah
7. 27hb Sept - Adinda Hafez
8. 12hb Okt - Ayahanda Hezmi
Kami mendoakan agar kita semua dipanjangkan umur untuk beramal dan beribadah padaNya, dikurniakan rezeki yang halal, kesihatan, kebahagian berpanjangan dan kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Amin..
Khusus untuk bulan kemeriahan menyambut bday dari ogos hinggalah oktober..