Tuesday, 30 September 2008

Ada Ka?

Aiseh.. ingatkan hubby buat lawak, balik takbir raya dari rumah ke rumah semalam.. 'Yang, raya cancel dah!'
'Awak jangan main-main... dah la petang tadi buat gempak, kata raya Selasa!' balasku.
Pendek cerita.. semalam selepas solat maghrib Masjid al-Farouk di kariah kami mengumumkan raya jatuh pada hari Selasa. Dalam pukul 10.00 malam, selepas Isyak, mereka telah menarik balik pengumuman dan mengumumkan raya jatuh pada hari Rabu. Edinburg, Sterling, Sheffield, London sambut pada hari Selasa dan kami di Glasgow akan menyambutnya pada hari Rabu.
Bagi aku, tiada yang pelik.. kerana raya yang lepas-lepas pun, situasi yang sama juga berlaku di sini. Untungnya di Malaysia dan negara asia kerana telah bersepakat untuk melakukan penentuan dan penetapan sambutan puasa dan raya bersama. Jadi tidak wujud ketidakseragaman penetapan puasa mahu pun raya.
Apapun gunakanlah kesempatan hari terakhir Ramadhan ini dengan sebaiknya. Siapa tahu kita dapat berjumpa lagi atau tidak di tahun yang akan datang.

4 comments:

sang pencari cinta said...

Hahahaha. Klakar btol la Glasgow ni!

Mat Gebu said...

salam jess...
Selamat hari raya. maaf zahir batin, moga berbahagia di samping keluarga....

JHaZ KiTaRo said...

salam syawal dari bumi Dublin, Ireland. Jemput2lah singgah ke blog hamba.. :)

JHaZ KiTaRo said...

a'kum. i've linked your blog in mine. :)