Tuesday 14 July 2009

Permata Hati

Abang dan adik

Tadaaaaa... mencuri peluang sementara sikecil lena diulit mimpi. Sedar tak sedar sudah menjengah empat tahun usia perkahwinan kami dan diserikan lagi oleh kehadiran permata hati dengan telatah yang mencuit hati. Siabang Ahmad Syahmi sudah berusia 3 tahun 6 bulan dan bakal ke tadika pada 31hb Ogos ini. Pandai bergurau dan mencuri tumpuan tatkala siadik meraih perhatian. Pantas menegur dan memlindungi kiranya siadik di'marah' tanpa dia menyedari mama dan abah sekadar ingin mencuit dan melihat reaksinya.

Ahmad Syahmi in action!

Melewati usia 20 minggu, Ahmad Ridhwan kian galak bergurau, ketawa, berbual malahan meminta diberi perhatian! Sicomel ini telah pun pandai meniarap dan terbalik, sedang berusaha untuk belajar menjalar pula. Chaiyok! Chaiyok!

Ahmad Ridhwan in action!

Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh sekaligus khalifah Allah yang memakmurkan bumi dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

3 comments:

Sis Lin said...

alaaaa cumeii nye dia...dh besar dh kan...moga jd ank2 yg soleh semuanye...

wanie sk said...

comel la hero2 akakni..hehe

Yus.MY said...

adorable! dh besar nnt ni mest handsome... ;-)