Kali terakhir ymku dengan Mat Yie, aku mendapat perkhabaran ayahanda Cik Dah berada di hospital kerana penyakit kanser. Setelah sekian lama, kebetulan semalam aku tergerak hati bertanya khabar dan memberi sokongan moral buat sahabatku Cik Dah, namun berita sedih yang aku terima. Ayahandanya telah pun kembali ke rahmatullah pada 2hb Julai 08. Al-fatihah untuk ayahanda sahabatku, Tengku Aznidah Tengku Abd Aziz dan suaminya Mohd Nazri. Kami di kejauhan ini mendoakan agar roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Tabahkan hatimu wahai sahabat.. aku ada untuk engkau berkongsi segala cerita.. dukamu, dukaku jua.. tawamu, tawaku juga.. Batasan kejauhan ini bukanlah penghalang buat persahabatan kita.. Salam takziah dari kami..
5 comments:
mat yie mana ni?tak paham...geng blogger ke?
bukanla blogger la ct.. mat yie & cik dah ni kawan masa belajar di kolej mara kulim dan sefakulti masa di utm skudai dulu..
if ko ym ngn diaorg, kirim salam takziah aku utk cik dah...
oo ingt blogger,terkejut ct.utm,skudai?my hubby pun asal sana..
acu : dah aku sampaikan salammu itu
kesum : bukan da.. nik cos mekanikal aper.. sekali kot saardin n shabudin nih..
Post a Comment