Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Monday, 23 June 2008

Tumbang..

Jumaat baru ni kami dinner di luar. Cuaca cerah dan langit cantik membiru, jadi kami mengenakan jaket nipis sahaja. Janji dengan abang jumpa di Chicken Cottage dalam pukul 7.30 petang. Hum.. lamanya tidak makan diluar. Sesekali dapur kena bercuti juga hehe.. Thanks dear! Kami menjamu selera dengan Grilled Chicken Family Meal (whole grilled chicken, 1 corn on the cob, 2 regular fries & 2 bottles of water) berharga £8.50.
Dalam perjalanan balik angin bertiup kuat, terasa kesejukannya mengigit-gigit. Dan sang hujan pun turun dengan lebat secara tiba-tiba. Berlari-lari anak kami bertiga balik ke rumah. Kesian pula tengok cik abang mengorbankan jaketnya untuk memayungkan sianak.
Keesokan harinya, masing-masing bangun terasa sakitnya anak tekak bagikan berduri-duri. Gatal tekak sehingga ke telinga. Kepala pun terasa berat dan badan berasa demam. Sekeluarga tumbang! Pertama kali sekeluarga demam di sini. Biasa kena hujan, tiada apa-apa pun berlaku. Ini mungkin kerana cuaca yang tidak menentu dan debunga berterbangan dibawa dek angin.
Sabtu dan ahad pun berlalu dengan membawa cuaca yang suram, semendung langit yang kelabu. Hari ini, aku mengharapkan cuaca kembali cerah dan kesihatan kembali pulih..

Thursday, 12 June 2008

Selamat Pengantin Baru!

Alhamdulillah seorang lagi sepupuku telah melangsungkan majlis perkahwinannya pada 7hb Jun 08, Sabtu lepas di Permas, Pontian, Johor. Tahniah daripada kami buat Mohammad Al Ghazali bin Ismail dengan pasangannya Nurul Syuhaiza (Kemunting, Perak). Semoga mahligai yang dibina mendapat berkat dan rahmat, berbahagia selamanya, bertambah rezeki dan segala macam kebaikan diperolehi. Tu kami baling dah sekotak hadiah bereben merah!

Hehe.. sapa sangka budak kecik yang selalu aku sekeh (sikit jek) dulu sudah menjadi jejaka tampan dan sasa (lagi besar daripada aku dah!). Nasib baik tak boleh nak buli kita dah! Tup.. tup.. sudah pun berkeluarga yek.. Anyway enjoy your new life! Maaf, salam dari kejauhan sahaja berwakilkan ucu dan ayah cik. Jemput datang ke mari untuk berhoneymoon!

Lagu ni khas untuk kalian berdua..

Kopratasa : Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku