Wednesday, 18 March 2009

Minggu-minggu Yang Berlalu


i. Minggu ini
Selasa - 17hb Mac 09 semalam.. alhamdulillah genap 3 minggu usia putera kedua kami Ahmad Ridhwan. Pejam celik pejam celik terasa pantas sungguh masa berlalu.
Jumaat - 20hb Mac o9 health visitor akan datang membuat rutin pemeriksaan kesihatan dan perkembangan Ahmad Ridhwan.

ii. Minggu lepas
Selasa - 10hb Mac 09 genap 2 minggu usia anakanda Ridhwan. Terima kasih buat sahabat dan teman yang sudi meluangkan masa selama ini membantu menyediakan makanan buat kami sekeluarga dan berkunjung ziarah ke rumah kami. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan merahmati kalian semua.
Sabtu - 14hb Mac 09 berlangsungnya majlis yasin dan tahlil buat anakanda Amir Yusuf setelah seminggu pemergian beliau. Walaupun tidak pernah bersua muka sehingga ke akhir hayatnya, perasaan kasih dan sayang tetap bersemi dihati kami semua. Semoga arwah beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Terasa syahdu tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Apakan daya badan belum cukup sihat, hanya mengirim salam melalui teman dan kekanda yang mewakili kami ke sana.

iii. Dua minggu lepas
Jumaat - 6hb Mac 09.. memahat peristiwa duka di bumi Glasgow. Pemergian putera Amir Yusuf ke pangkuan Ilahi setelah 8 bulan bertarung melawan kesakitan di hospital. Ketabahan dan kecekalan Anis dan Fajar tidak mampu untuk diterjemahkan melalui kata-kata. Terlalu banyak pengorbanan dilakukan oleh mereka sebagai ibu, ayah, anak dan pelajar yang merantau dibumi asing ini. Syukur alhamdulillah segala urusan pengebumian berlangsung dengan mudah dengan kerjasama komuniti di sini. Anis dan Fajar, kami mendoakan agar kalian cekal mengharungi hari-hari mendatang. Sesungguhnya daripadaNya kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Insya Allah syurga buat Amir Yusuf.
Aku sering mengikuti perkembangan arwah melalui blog ayahandanya. Kelu lidah ini dan tak terungkap dek kata-kata, bimbang mengundang duka dihati mereka sekeluarga. Hanya mampu merisik berita daripada teman terapat mereka. Naluri keibuanku tersentuh tiap kali membacanya seolah turut sama merasai keperitan tersebut Menitis airmata ini apabila melihat gambar-gambar semasa majlis pengebumian Amir Yusuf. Untuk mengikutinya hanya klik diperkataan yang berkenaan.
Lewat petang Sabtu setelah usai majlis pengebumian, kekanda yang baru teringat sesuatu lantas mengingatkan ku jua... 6hb Mac merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang keempat. Bersyukur diatas nikmat kurniaanNya, semoga ikatan ini akan berkekalan dalam mencari redhaMu Ya Allah.

9 comments:

Sis Lin said...

sekejap je dh 3 minggu umur si kecil tu kan...mesti cute sngt mcm ayah dn ibunye..ada gambo dia x?masuk la en3,nk tgk...

kamalnzura said...

Jas, aku pun ada baca blog psl arwah Amir Yusuf. Sedih sungguh kisah dia.

Jas, letak la gmbr baby Ridhwan yg latest...geram betoi aku tgk kat fb tuh...putih melepak!

Darling Pya said...

tempek la gmbr putera kecik tu yg latest...mesti cute

Daffodil said...

ops.. banyaknya permintaan! insyaallah akan saya letak gambar terkini. tungguuuuuuuu

Sis Lin said...

ala sian nye dia..nk durian fresh kena kt m'sia ni..tp skrg pun bukan musim durian,ni durian sesat agknye tu hubby beli..tu yg dok teringin nk tu...keh3x

deeha said...

happy 4th anniversary
along & kak jas!

harnisafarina said...

wahh..tahniah di atas kelahiran baby ridhwan. nak tengok gambar. :)

Suhaila said...

Salam..kak Jas..bila nak update blog?..kalau ada masa sila la jawab tag dari Su ye..take care :)

Anonymous said...

Pelbagai produk halalan toyiba disediakan, sila lawati: http//myhalalbiz.blogspot.com