Selasa - 17hb Mac 09 semalam.. alhamdulillah genap 3 minggu usia putera kedua kami Ahmad Ridhwan. Pejam celik pejam celik terasa pantas sungguh masa berlalu.
Jumaat - 20hb Mac o9 health visitor akan datang membuat rutin pemeriksaan kesihatan dan perkembangan Ahmad Ridhwan.
ii. Minggu lepas
Sabtu - 14hb Mac 09 berlangsungnya majlis yasin dan tahlil buat anakanda Amir Yusuf setelah seminggu pemergian beliau. Walaupun tidak pernah bersua muka sehingga ke akhir hayatnya, perasaan kasih dan sayang tetap bersemi dihati kami semua. Semoga arwah beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Terasa syahdu tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Apakan daya badan belum cukup sihat, hanya mengirim salam melalui teman dan kekanda yang mewakili kami ke sana.
iii. Dua minggu lepas
Aku sering mengikuti perkembangan arwah melalui blog ayahandanya. Kelu lidah ini dan tak terungkap dek kata-kata, bimbang mengundang duka dihati mereka sekeluarga. Hanya mampu merisik berita daripada teman terapat mereka. Naluri keibuanku tersentuh tiap kali membacanya seolah turut sama merasai keperitan tersebut Menitis airmata ini apabila melihat gambar-gambar semasa majlis pengebumian Amir Yusuf. Untuk mengikutinya hanya klik diperkataan yang berkenaan.
Lewat petang Sabtu setelah usai majlis pengebumian, kekanda yang baru teringat sesuatu lantas mengingatkan ku jua... 6hb Mac merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang keempat. Bersyukur diatas nikmat kurniaanNya, semoga ikatan ini akan berkekalan dalam mencari redhaMu Ya Allah.