Friday 28 November 2008

Apabila Anak Bertanya Tentang ‘Burung’ dan ‘Bunga’

Diperolehi daripada Utusan Online 20/11/2008 : Oleh Noor Fazrina Kamal

APABILA si kecil anda yang baru pandai bercakap, ghairah bertanya itu dan ini, tiba-tiba bertanyakan soalan tentang ‘burungnya’ atau ‘bunganya’ (alat sulit), apa agaknya reaksi sepontan anda?

Soalan ini juga diajukan seorang kenalan apabila anak perempuannya yang baru mencecah dua tahun mula bertanya tentang fungsi alat sulit dan pelbagai soalan lagi berkenaan organ seks berkenaan.

Dilema yang dihadapi oleh si ibu tersebut ialah apabila hendak menerangkan dengan cara baik agar ia menjadi satu informasi kepada si anak.

Sebagaimana kebanyakan ibu lain, kenalan penulis itu tidak pasti bagaimanakah cara yang paling sesuai, memandangkan masyarakat Melayu agak tabu dengan situasi berkaitan seksual.

Jangan gusar, panduan yang diberikan oleh pakar psikologi pembesaran daripada babycenter.com, Susanne Ayers Denham, mungkin mampu membantu ibu-ibu yang berdepan dengan situasi sepontan ini.

Jelas beliau, tiada apa yang perlu dirisaukan, sebaliknya mereka hanya perlu memastikan jawapan yang diberi ringkas dan manis.

Mengenal dunia

Si ibu perlu ingat, anak mereka adalah insan yang baru mengenal dunia, justeru apa sahaja maklumat yang diberikan kepada anak itu akan diterimanya secara terus.

Memang diakui ada ibu bapa yang tiba-tiba berasa panik apabila anak kecil mereka bertanyakan soalan berkaitan alat seksual mereka.

Sebenarnya menurut Denham, keinginan anak untuk mengetahui tentang alat sulit tidak ada bezanya dengan soalan mereka tentang mata, telinga, kaki, hidung dan bahagian anggota lain.

Soalan mereka adalah soalan lazim yang menunjukkan sifat ingin tahu semula jadi kanak-kanak.

Jadi, daripada mereka mengetahui tentang bahagian sulit daripada orang lain, lebih baik ibu bapa sendiri yang mengajar tentangnya.

Mungkin ada ibu bapa yang bertanya, bagaimanakah cara untuk saya menjawabnya?

Mudah saja, terus kepada jawapan dan yakinlah dengan jawapan itu. Mulakan dengan tunjukkan bahagian tubuh lain seperti siku dan lutut, kemudian berikan nama anatomi yang betul untuk alat sulit seperti vagina dan zakar.

Perlu juga diingatkan agar jangan menggunakan perkataan simbolik yang berbaur lucu atau perkataan yang agak bodoh.

Penggunaan perkataan seperti itu hanya akan membuatkan anak lebih keliru dan lebih teruk lagi akan membuatkan isu mengenali alat sulit menjadi lebih rumit buat ibu bapa juga.

Jika anak bertanyakan tentang fungsi alat sulit itu pula, jawapan haruslah begini, katakan kepada mereka bahagian itu digunakan untuk ke tandas, membuang air kecil atau air besar.

Anak anda juga pasti akan menimbulkan soalan mengapa alat sulitnya berbeza dengan abangnya atau adiknya.

Berikan jawapan kepada anak dengan mengatakan setiap ciptaan Tuhan itu unik. Ambil contoh seperti rakan karib anak anda yang memiliki anak mata biru dan anak anda pula bermata coklat. Contoh lain seperti, hidung nenek lebih kecil daripada hidung datuk dan sebagainya.

Sememangnya alat sulit budak lelaki berbeza dengan perempuan, jadikan perkara itu mudah, jika anda tidak menjadikan ia satu perkara yang memalukan, anak anda juga pasti boleh menerimanya dengan baik.

Menyentuh

Bagaimana pula jika anak bertindak memegang alat sulit mereka di depan orang ramai?

Denham berpendapat, pertama sekali ibu bapa tidak perlu cemas.

Kanak-kanak sememangnya mempunyai sifat ingin tahu tentang segalanya termasuk tubuh badan mereka.

Apa yang penting mereka perlu diberi tunjuk ajar tentang perbuatan mereka dalam suasana yang lebih tertutup.

Pada umur tersebut, sentuhan seperti itu bukanlah ada kena mengena dengan keinginan seks tetapi lebih menjurus ke arah punca dan akibat.

Benar, mungkin anak berasa seronok menyentuh alat sulit mereka (memang jarang diperbincangkan, anak yang belum mencapai akil baligh tidak berasa sensasi apabila menyentuh alat sulit mereka sendiri).

Beri tahu kepada anak bahawa apa yang mereka lakukan itu membuatkan mereka selesa, namun ia tidak sopan dibuat di hadapan orang ramai.

Sebagai analogi, boleh memberi contoh bahawa anda atau suami perlukan ruang sendiri ketika mandi atau menggunakan tandas untuk membuang air.

Anda juga boleh menggunakan tanda-tanda ringkas atau kod kata khas untuk menarik perhatian anak sekiranya dia terlupa dan menyentuh alat sulitnya di depan orang ramai.

Namun, sekiranya tabiat memegang alat sulit itu tidak berhenti, lebih baik membawa anak anda ke klinik kanak-kanak supaya dapat dipastikan adakah anak anda menyentuh alat sulit kerana sakit di bahagian itu atau ada jangkitan kuman pada saluran kencingnya.

I Am Gifted So Are You


A Blog Posted by Singapore's Youngest Millionaire - By Adam Khoo

Some of you may already know that I travel around the region pretty frequently, having to visit and conduct seminars at my offices in Malaysia, Indonesia, Thailand and Suzhou (China). I am in the airport almost every other week so I get to bump into many people who have attended my seminars or have read my books.

Recently, someone came up to me on a plane to KL and looked rather shocked. He asked, 'How come a millionaire like you is travelling economy?' My reply was, 'That's why I am a millionaire. ' He still looked pretty confused. This again confirms that greatest lie ever told about wealth (which I wrote about in my latest book 'Secrets of Self Made Millionaires' ). Many people have been brainwashed to think that millionaires have to wear Gucci, Hugo Boss, Rolex, and sit on first class in air travel. This is why so many people never become rich because the moment that earn more money, they think that it is only natural that they spend more, putting them back to square one.

The truth is that most self-made millionaires are frugal and only spend on what is necessary and of value.. That is why they are able to accumulate and multiply their wealth so much faster. Over the last 7 years, I have saved about 80% of my income while today I save only about 60% (because I have my wife, mother in law, 2 maids, 2 kids, etc. to support). Still, it is way above most people who save 10% of their income (if they are lucky). I refuse to buy a first class ticket or to buy a $300 shirt because I think that it is a complete waste of money. However, I happily pay $1,300 to send my 2-year old daughter to Julia Gabriel Speech and Drama without thinking twice.

When I joined the YEO (Young Entrepreneur' s Organization) a few years back (YEO is an exclusive club open to those who are under 40 and make over $1m a year in their own business) I discovered that those who were self-made thought like me. Many of them with net worths well over $5m, travelled economy class and some even drove Toyota's and Nissans (not Audis, Mercs, BMWs).

I noticed that it was only those who never had to work hard to build their own wealth (there were also a few ministers' and tycoons' sons in the club) who spent like there was no tomorrow. Somehow, when you did not have to build everything from scratch, you do not really value money. This is precisely the reason why a family's wealth (no matter how much) rarely lasts past the third generation. Thank God my rich dad (oh no! I sound like Kiyosaki) foresaw this terrible possibility and refused to give me a cent to start my business.

Then some people ask me, 'What is the point in making so much money if you don't enjoy it?' The thing is that I don't really find happiness in buying branded clothes, jewellery or sitting first class. Even if buying something makes me happy it is only for a while, it does not last. Material happiness never lasts, it just give you a quick fix. After a while you feel lousy again and have to buy the next thing which you think will make you happy. I always think that if you need material
things to make you happy, then you live a pretty sad and unfulfilled life.

Instead, what make ME happy is when I see my children laughing and playing and learning so fast. What makes me happy is when I see by companies and trainers reaching more and more people every year in so many more countries. What makes me really happy is when I read all the emails about how my books and seminars have touched and inspired someone's life. What makes me really happy is reading all your wonderful posts about how this BLOG is inspiring you. This happiness makes me feel really good for a long time, much much more than what a Rolex would do for me.

I think the point I want to put across is that happiness must come from doing your life's work (be in teaching, building homes, designing, trading, winning tournaments etc.) and the money that comes is only a by-product. If you hate what you are doing and rely on the money you earn to make you happy by buying stuff, then I think that you are living a life of meaningless.

Friday 7 November 2008

Semalam...


Hmmm segala-galanya bermula dari awal pagi...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TV rosak... kesian buah hati mama ni!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Menghilangkan kebosanan dengan keluar sambil mencari beberapa barang...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Balik rumah...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Malam... aiseh macam-macam hal lah pulak!

Dugaan yang datang mungkin ada hikmah disebaliknya...

Alhamdulillah...
Psssst... tidak ada kaitan langsung tentang hati dan perasaan pun wokey!

Wednesday 5 November 2008

Tips Mendidik Anak


Diperolehi daripada teman buat ingatan pada diri sendiri dan berkongsi pada yang sudi.

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya. Selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
- Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik, atau nama sudah baik tapi bagi pula gelaran yang tidak baik, akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pula kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendiri. Lagilah malukan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari dan sekurang kurang nya 7 kali ciuman setiap hari
- Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
- Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah atau pun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
- Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh
- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi dihari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda
- Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Cuba kita masukkan diri kita di dalam dunia mereka.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
- Ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
- Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
- Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
- Ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah
- Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda
- Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda
- Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna
- Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah
- Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan
mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
- Teapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda
- Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak

21. Jangan menggunakan perkataan JANGAN apabila anda memarahi anak anda kerana perkatan tersebut bersifat amaran
- Biasakan menegur kesalahan mereka menggunakan perkataan TIDAK MAHU kerana ianya lebih bersifat mendidik. Setiap teguran mesti diterangkan akibatnya. Tak mahu panjat pokok sayang, nanti jatuh, kalau jatuh luka, masuk hospital, doktor akan balut luka, dan tak cantik. Contoh penjelasan yang diberikan.

22. Jangan menghukum mereka dengan kesalahan yang mereka sendiri tidak tahu
- Jika ibu dan bapa menghadapi tekanan kebiasaannya anak anak jadi mangsa. Mereka akan takut menghampiri kita, menyayangi kita.

23. Ketika hendak menegur kesalahan mereka
- Pegang kedua tangan mereka dan pandang ke dalam dua anak mata mereka dah tegur lah.. Setelah selesai ciumkan dipipi atau didahi mereka dan dakap la mereka katakan yang anda sayangkan mereka.

24. Ajarkan mereka menjadi seorang yang pemaaf
- Biasakan diri mereka memaafkan kesalahan yang orang lain lakukan.. Jika dia melakukan kesalahan seperti memecahkan pasu bunga kesayangan anda. Pastinya anak anda berada didalam ketakutan amat sangat- Sebagai ibu bapa anda dinasihatkan supaya JANGAN sama sekali menjerit dan menyerang mereka..Hampiri dan peluklah anak anda.. tenangkan perasaan anda. Katakan, Mak/ Ayah tak marah – kerana Mak/ Ayah hanya takut sebut nama sianak cedera - pasu tu lain kali mak ganti yang lain… dan katakan kepadanya lain kali kena hati-hati dan bersama-sama dengan anak anda membersihkan serpihan pasu tersebut..

23. Jika anda ingin menghukum mereka
- Pukullah dibahagian betis, jgn anda sesekali memukul dibahagian atas betis dan biarkan mereka seketika.. dan selepas itu dakaplah mereka, terangkan bahawa kesalahan itu terlalu besar, seperti mencarut, menyepak org lain, dan katakan pada mereka perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan pada masa akan datang, dan berjanji dia tidak akan buat lagi.. Jangan memukul anak-anak mengikut perasaan, pukul lah untuk mendidik. Bukan untuk melepaskan geram.

Tuesday 4 November 2008

Foggy Day...

Semalam awal-awal pagi lagi aku dikejutkan oleh alarm smoke detector gara-gara terlupa merapatkan tingkap bilik sebelah hari sebelumnya. Dalam hati tertanya-tanya dan pelik kenapa tiba-tiba berbunyi. Rupa-rupanya diluar sana berkabus tebal. Setelah cik abangku bangun merapatkan tingkap barulah senyap dan aman damai.
Melayan kebosanan dalam kesibukan rutin harian, aku mengambil keputusan untuk snap beberapa gambar dari tingkap rumah keadaan diluar yang foggy dengan suhu 3° celcius sekitar pukul 8 pagi dan 7° celcius menjelang petang. Sejuk amat, nasib baiklah rumah ini dilengkapi double glazing, kalau rumah lama dulu jawabnya sudah kebekuanlah kami anak beranak hehehe... Enjoy the picture!
Suasana dihadapan rumah dari tingkat 3 rumahku :

Pemandangan Govanhill Park depan rumah

Mama... look...

Govanhill Park menjelang pukul 12 tengahari

Langside Road

Jalan setentang rumah (tetiba lupa nama pula)

Langside Road lagi
Menjelang pukul 2 lebih pula :
Pemandangan di Govanhill Park

Langside Road

Langside Road

Pemandangan dibelakang rumah

Lagi dibelakang rumah

Halaman belakang flat kami
Pemandangan menjelang senja seawal 4 petang :
Belakang rumah kami

Lagi pemandangan dibelakang

dan lagi...
Maghrib masuk pada pukul 4.40 petang :
Pemandangan di Govanhill Park

Langside Road

Jalan setentang rumah

Langside Road lagi

Halaman belakang rumah

Lagi halaman belakang rumah